KAG SERVICES (M) SDN. BHD. | SEJAK 2013

Kedai Aircond Gombak – Pakar Servis, Pasang & Repair Aircond Sekitar KL

Bekal, servis, pasang dan repair aircond untuk rumah, pejabat, hotel & premis komersial di Gombak, Setapak & sekitar KL

Dapatkan Sebut Harga Aircond

Perlukan aircond baharu, pemasangan, servis berkala atau pembaikan? KAG menyediakan penyelesaian penyaman udara untuk kediaman, pejabat dan premis komersial mengikut keperluan anda.

Untuk mendapatkan sebut harga, hubungi KAG melalui WhatsApp. Kongsikan jenis perkhidmatan yang diperlukan serta kawasan anda. Pasukan kami akan membantu menyemak keperluan anda dan menyediakan sebut harga yang bersesuaian.

Hubungi KAG Melalui WhatsApp

01.

Pembekalan & Pemasangan Aircond

KAG akan membantu anda memilih aircond yang sesuai mengikut saiz ruang dan bajet, lengkap dengan pembekalan serta pemasangan profesional untuk kediaman dan premis perniagaan.

02.

Pemasangan Aircond Sahaja

Dah mempunyai unit aircond sendiri? KAG menyediakan perkhidmatan pemasangan yang kemas dan selamat, menggunakan material berkualiti serta mengikut spesifikasi pemasangan yang ditetapkan.

03.

Servis & Penyelenggaraan Aircond

KAG menyediakan servis dan penyelenggaraan aircond untuk memastikan prestasi penyejukan kekal optimum. Pilihan Normal Service, Major Service dan Top Overhaul tersedia mengikut keadaan serta keperluan unit.

04.

Pemeriksaan & Pembaikan Aircond

Aircond tidak sejuk, bocor air atau mengalami kerosakan? KAG menyediakan perkhidmatan pemeriksaan, diagnosis masalah dan pembaikan aircond untuk kediaman serta premis perniagaan.

05.

Sistem Aircond Multi-Split

KAG menawarkan sistem Multi-Split yang menghubungkan beberapa unit indoor kepada satu unit outdoor. Penyelesaian ideal untuk kediaman, kondominium dan premis yang mempunyai ruang pemasangan outdoor terhad.

06.

Penyaman Udara Komersial

Perkhidmatan pembekalan, pemasangan, penyelenggaraan dan pembaikan sistem penyaman udara untuk pejabat, hotel, premis perniagaan dan bangunan komersial.

Mengapa Memilih KAG Aircond

Sejak 2013, KAG Aircond komited menyediakan penyelesaian penyaman udara yang profesional untuk kediaman dan premis perniagaan, dengan mengutamakan kualiti kerja, ketelusan harga dan kepuasan pelanggan.

Pasukan Teknikal Berpengalaman

Kerja pemasangan, servis dan pembaikan dikendalikan oleh pasukan teknikal KAG yang berpengalaman, dengan penekanan terhadap keselamatan, kekemasan kerja dan pemeriksaan prestasi selepas kerja disiapkan.

Material & Pemasangan Berkualiti

Kami menggunakan material yang bersesuaian dengan spesifikasi sistem serta kaedah pemasangan yang betul bagi memastikan prestasi penyejukan, keselamatan dan ketahanan sistem penyaman udara.

Sebut Harga Jelas & Telus

Kami menyediakan sebut harga berdasarkan skop kerja yang dipersetujui. Sebarang kerja atau caj tambahan akan dimaklumkan terlebih dahulu untuk mendapatkan persetujuan pelanggan sebelum diteruskan.

Berpengalaman Sejak 2013

Bermula sejak 2013, KAG telah mengendalikan pelbagai keperluan penyaman udara untuk kediaman dan premis perniagaan. Pengalaman ini membantu kami mencadangkan penyelesaian yang bersesuaian dengan keperluan pelanggan.

Pengedar Sah Panasonic

Sebagai pengedar sah Panasonic, KAG menawarkan rangkaian penyaman udara original dengan perlindungan waranti rasmi pengilang, tertakluk kepada model dan terma waranti yang berkenaan.

Waranti & Sokongan Selepas Jualan

Komitmen kami tidak terhenti selepas kerja disiapkan. KAG menyediakan perlindungan waranti mengikut jenis perkhidmatan serta sokongan selepas jualan bagi membantu pelanggan mendapatkan bantuan apabila diperlukan.

100% Milik Bumiputera

KAG Services (M) Sdn. Bhd. merupakan syarikat 100% milik Bumiputera yang menyediakan perkhidmatan pembekalan, pemasangan, penyelenggaraan dan pembaikan sistem penyaman udara untuk pelanggan kediaman, komersial dan korporat.

Unit Dipasang
8000 +
Unit Diservis
17000 +
Jumlah Pelanggan
7000 +
Mula Operasi
2013

Antara Pelanggan KAG

KAG Services (M) Sdn. Bhd. telah menyediakan perkhidmatan penyaman udara kepada pelbagai pelanggan daripada sektor korporat, automotif, pendidikan, hospitaliti dan institusi. Kepercayaan pelanggan menjadi dorongan kami untuk terus memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan profesional.

Hankook - Pelanggan KAG Aircond
Genius aulad - Pelanggan KAG Aircond
Perodua Hajoon - Pelanggan KAG Aircond
PPAM - Pelanggan KAG Aircond
Pulapol - Pelanggan KAG Aircond
The Ascott Limited – pelanggan KAG Aircond
Masjid Al Ridhuan – pelanggan KAG Aircond
TJM Cars – pelanggan KAG Aircond
MFI Autohaus – pelanggan KAG Aircond
PBSM– pelanggan KAG Aircond

Kawasan Servis Kedai Aircond Gombak

KAG menyediakan servis, pemasangan dan pembaikan aircond untuk rumah, pejabat dan premis perniagaan di sekitar Gombak dan Kuala Lumpur. Kedai kami terletak di Taman Danau Kota, Setapak, jadi pasukan teknikal kami dekat dengan kawasan anda.

Kawasan lain sekitar KL & Selangor? WhatsApp kami di 018-247 3524 untuk semak.

Apa Kata Pelanggan KAG?

Kepercayaan pelanggan adalah keutamaan kami. Baca pengalaman dan maklum balas pelanggan yang telah menggunakan perkhidmatan KAG Aircond melalui ulasan Google.

Posted on Google Google
Shaliza Atika profile picture
Shaliza Atika
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Thanks KAG for your great service! Power sebab boleh settle masalah aircond yang panas then jadi sejuk dah. Dah 2-3 kali panggil diorang ni.. very good service. next time, kita panggil lagi for service and if ada kerosakan aircond lain
Posted on Google Google
mdkhairi hussain profile picture
mdkhairi hussain
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Terima kasih KAG yang berikan perkhidmatan terbaik. Sangat puashati dan saya telah menggunakan servis mereka berulang kali.
Posted on Google Google
Muhammad Rasul profile picture
Muhammad Rasul
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
terbaik 👍🏻
Posted on Google Google
Fadzil Mutalib profile picture
Fadzil Mutalib
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Pekerja ramah & sgt profesional
Posted on Google Google
amiegos arieous profile picture
amiegos arieous
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Perkhidmatan yang sangat baik dan memuaskan. Kerja-kerja membekal dan memasang aircond dilakukan dengan kemas, cepat dan profesional. Team sangat friendly dan memberikan kerjasama yang baik. Sangat recommended! 👍⭐⭐⭐⭐⭐
Posted on Google Google
Nurshafinaz Mohd Noor profile picture
Nurshafinaz Mohd Noor
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
FIRST, TQ TEAM KAG MEREALISASIKAN IMPIAN DAN ANGAN²KU YANG SELAMA INI. UNTUK TEAM KAG, SERVIS TERBAIKKKK!!! LAYANKAN AJE ITU DAN INI. HASIL KERJA KEMAS. SAYA INSTALL DI HALL 2.0HP (1UNIT); SETIAP BILIK 1.0HP (3UNIT). PASANG KAT HALL SAJA PON SEJUK DAH SEJUKKK. KEPADA BOS KAG, TQ SO MUCH SEBAB SPREAD KNOWLEDGE PASAL MULTISPLIT.
Posted on Google Google
Karl Magnum profile picture
Karl Magnum
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Servis terbaik diberikan dan harga berpatutan

Soalan Lazim (FAQ)

Ada sebarang kemusykilan? Berikut adalah jawapan pantas bagi persoalan yang kerap ditanyakan oleh pelanggan mengenai perkhidmatan KAG Aircond.

Bagi pembelian aircond berserta pemasangan, KAG lazimnya memerlukan deposit sebanyak 70% untuk pengesahan tempahan. Baki bayaran dibuat mengikut terma yang dinyatakan dalam sebut harga atau invois.

Untuk perkhidmatan servis, pembaikan dan projek komersial, terma pembayaran mungkin berbeza bergantung pada jenis perkhidmatan serta skop kerja yang dipersetujui.

Pelanggan boleh merujuk sebut harga rasmi KAG untuk maklumat pembayaran yang lebih terperinci.

KAG Aircond menyediakan perkhidmatan pembekalan, pemasangan, servis dan pembaikan aircond di sekitar Gombak, Batu Caves, Setapak, Wangsa Maju, Keramat, Taman Melawati, Selayang dan Kepong.

Bagi kawasan lain sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, pelanggan boleh menghubungi kami untuk menyemak ketersediaan perkhidmatan, jadual dan caj perjalanan tambahan (jika berkaitan).

KAG Aircond merupakan Pengedar Sah Panasonic dan turut menawarkan jenama lain seperti Daikin, Midea dan Acson.

Kami membantu pelanggan memilih jenama dan model penyaman udara yang bersesuaian berdasarkan saiz ruang, bajet, kecekapan tenaga serta fungsi yang diperlukan.

Pelanggan boleh menghubungi KAG untuk mendapatkan cadangan model dan sebut harga yang bersesuaian dengan keperluan mereka.

Pemilihan aircond yang sesuai bergantung pada keluasan ruang, jumlah penghuni, tahap pendedahan cahaya matahari, kekerapan penggunaan serta bajet pelanggan.

KAG Aircond membantu pelanggan memilih kapasiti (HP), jenis sistem dan model penyaman udara yang bersesuaian, termasuk Single Split, Multi-Split dan sistem komersial.

Pelanggan boleh berkongsi ukuran bilik atau pelan ruang melalui WhatsApp untuk mendapatkan cadangan awal daripada pasukan KAG.

Untuk menentukan kapasiti aircond, ukur panjang dan lebar bilik dalam unit kaki, kemudian darabkan kedua-duanya untuk mendapatkan keluasan dalam kaki persegi (sq. ft.).

Walau bagaimanapun, pemilihan HP tidak bergantung pada keluasan sahaja. Ketinggian siling, jumlah penghuni, pendedahan cahaya matahari dan penggunaan ruang turut mempengaruhi keperluan penyejukan (BTU/h).

Pelanggan boleh menghantar ukuran bilik atau pelan ruang kepada KAG melalui WhatsApp untuk mendapatkan cadangan kapasiti aircond yang lebih tepat.

Harga perkhidmatan KAG adalah berdasarkan pakej dan skop kerja yang dipersetujui bersama pelanggan.

Bagi kerja pemasangan, caj tambahan mungkin dikenakan sekiranya memerlukan material atau kerja di luar pakej asas, seperti tambahan paip copper, pendawaian elektrik, pemasangan di tempat tinggi atau kerja khas yang lain.

Untuk servis dan pembaikan, sebarang kerja tambahan atau penggantian alat ganti akan dimaklumkan bersama anggaran kos terlebih dahulu.

Sebarang caj tambahan akan dimaklumkan untuk mendapatkan persetujuan pelanggan sebelum kerja diteruskan.

Secara umum, aircond kediaman disarankan untuk diservis setiap 4 hingga 6 bulan, bergantung pada kekerapan penggunaan dan keadaan persekitaran.

Bagi aircond yang digunakan setiap hari atau di premis komersial, penyelenggaraan mungkin diperlukan dengan lebih kerap bagi memastikan prestasi penyejukan kekal optimum.

Pelanggan boleh membuat tempahan servis aircond secara dalam talian melalui butang Book Now di halaman Servis Aircond KAG.

Lengkapkan borang permohonan dengan maklumat pelanggan, lokasi, jenis servis, bilangan unit dan tarikh pilihan.

Pihak KAG akan menghubungi pelanggan untuk mengesahkan jadual, skop kerja serta harga sebelum tempahan dimuktamadkan.

Untuk pembelian aircond, pemasangan, pembaikan atau pertanyaan lain, pelanggan boleh menghubungi KAG melalui WhatsApp di 018-247 3524.

Pelanggan boleh menghubungi KAG melalui WhatsApp di 018-247 3524 untuk melaporkan sebarang masalah selepas pemasangan, servis atau pembaikan aircond.

Sila sertakan nama, lokasi, maklumat perkhidmatan serta gambar atau video masalah yang dihadapi bagi memudahkan semakan.

Pasukan KAG akan meneliti aduan dan memberikan maklum balas secepat mungkin mengikut waktu operasi. Sekiranya pemeriksaan lanjut diperlukan, pihak KAG akan mengatur jadual lawatan berdasarkan ketersediaan pasukan teknikal.

Sebarang tuntutan waranti adalah tertakluk kepada skop kerja dan syarat waranti yang berkaitan.

KAG menyediakan perlindungan waranti mengikut jenis produk dan perkhidmatan yang diberikan.

Bagi pembelian aircond baharu, waranti pengilang adalah tertakluk kepada jenama, model serta terma pengilang. Sebagai contoh, model Panasonic yang layak menawarkan waranti sehingga 3 tahun untuk alat ganti dan 5 tahun untuk kompresor.

Bagi kerja pemasangan yang dilakukan oleh KAG, waranti workmanship diberikan selama 3 bulan. Perkhidmatan servis pula mempunyai waranti selama 7 hari, tertakluk kepada skop kerja dan syarat yang berkaitan.

Pelanggan boleh menghubungi KAG untuk mendapatkan bantuan berkaitan tuntutan waranti dan sokongan selepas jualan.

KAG menggunakan kaedah pembersihan yang bersesuaian mengikut jenis servis dan keadaan aircond.

Bagi Normal Service, kerja pembersihan melibatkan filter dan cover tanpa memerlukan penggunaan bahan kimia pencuci khusus.

Untuk Major Service dan Top Overhaul, bahan pencuci yang bersesuaian mungkin digunakan bagi membantu menanggalkan kotoran, habuk dan minyak yang terkumpul.

Pasukan teknikal KAG akan menjalankan proses pembersihan dan pembilasan mengikut keperluan bagi menjaga kebersihan, keselamatan serta keadaan komponen aircond.

Scroll to Top